Majlis Anugerah Akademik
- Juliana Rahim
- Mar 22, 2018
- 1 min read
Majlis Anugerah Akademik diadakan bertempat di Dewan Bestari, Kolej Vokasional Klang untuk meraikan para pelajar yang cemerlang bagi SVM (Sijil Vokasional Malaysia) Semester 2 & Program DVM (Diploma Vokasional Malaysia) Semester 2 2017.
Kecemerlangan pelajar mencerminkan perkembangan serta kemajuan kolej dalam melahirkan modal insan dan seterusnya membuktikan KV Klang adalah sebagai satu institusi pendidikan yang berwibawa dan Berjaya. Oleh itu, segala kecemerlangan yang dicapai wajar diberi pengiktirafan oleh pihak kolej.
Majlis Anugerah Akademik merupakan agenda tahunan kolej. Adalah menjadi harapan kolej, agar pengiktirafan ini dapat menjadi motivasi kepada setiap pelajar untuk mencontohi atau mengulangi kejayaan yang sama atau lebih baik pada semester berikutnya.
Majlis ini dimulakan dengan Ucapan Aluan Pengerusi Majlis, Bacaan Doa dan diikuti oleh Ucapan daripada Pengarah Kolej Vokasional Klang.

Ucapan pengarah
Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Kokurikulum kepada peserta perkhemahan Unit Beruniform Jabatan Pertahanan Awam Malaysia JPAM. Sijil pencapaian disampaikan oleh Tuan Pengarah sendiri.





Majlis diteruskan dengan Penyerahan Slip Keputusan kepada Penyelaras SVM dan Diploma.

Penyerahan sijil pada penyelaras Diploma Semester 2 2017

Penyerahan sijil pada penyelaras Pra Diploma Semester 2 2017
Acara kemuncak bagi majlis iaitu Penyampaian Sijil dan Anugerah Bagi Diploma Dan Pra Diploma
Para Penerima Sijil Bagi Pelajar Diploma




















Para Penerima Sijil Bagi Pelajar Pra-Diploma











Majlis bersurai pada jam 9.30 pagi.
Comments