PENANDA ARAS MPP KOLEJ VOKASIONAL KLANG BERSAMA MPP UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
- BIRO SUKAN REKREASI DAN HUBUNGAN LUAR (NOR
- Apr 19, 2019
- 1 min read
BANGI, 19 APRIL - Pada bulan lepas, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Vokasional Klang telah merancang untuk menjalani Penanda Aras bersama MPP Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Biro Sukan Rekreasi dan Hubungan Luar telah menetapkan tarikh Penanda Aras iaitu pada 19 April 2019.
Naib Presiden MPP KV Klang, Yasmin Binti Mohd Azri sebagai wakil Presiden MPP KV Klang, Muhammad An'fal Fahmi Bin Md Jamil, mengetuai Penanda Aras ini. Presiden MPP KV Klang tidak dapat mengadirkan diri kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
MPP KV Klang berkongsi dan bertukar-tukar pendapat dengan MPP UKM. MPP UKM dan MPP KV Klang juga berkongsi maklumat tentang program yang akan atau telah dijalankan pada tahun ini serta memberi pendapat tentang program yang dirancang.
Kommentarer