top of page

PERUTUSAN AIDILFITRI 1438H/2018M MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL KLANG

  • Writer: Mpp Kvklang
    Mpp Kvklang
  • Jun 16, 2018
  • 2 min read

Assalamualaikum w. b. t. Setinggi-tinggi syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia rahmat-Nya dapat kita sama-sama berada dalam bulan Syawal 1439 H. Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Klang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada warga Kolej Vokasional Klang dan seluruh Umat Islam. Aidilfitri yang kita raikan ini merupakan tanda kemenangan bagi Umat Islam setelah sebulan berpuasa dan mantarbiahkan diri sebagai seorang muslim. Marilah kita menyambut hari kemenangan ini dengan penuh rasa syukur dan kesederhanaan sekaligus mengingati penderitaan insan-insan yang lain. Marilah kita bermaaf-maafan antara satu sama lain. Semoga kemaafan yang dipinta mengeratkan lagi hubungan kita sesama manusia. Hari Raya merupakan kesempatan yang terbaik bagi kita mengeratkan silaturrahim sesama orang Islam bahkan tidak mengira agama, bangsa dan warna kulit. Kepada warga kolej dan semua anak perantau yang sedang atau pulang ke kampung halaman, saya doakan kalian dapat pulang dengan selamat. Berhati-hati di jalan raya dan jadilah pengguna jalan raya yang bijak serta berhemah. Saya juga menyeru agar kita semua sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan diri dan juga keluarga tersayang dalam pada kita menyambut lebaran. Di dalam kemeriahan menyambut Hari Raya, jangan lupa untuk kita sedekahkan Al-Fatihah kepada ibu bapa, para pensyarah, saudara mara dan sahabat handai yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Kirimkanlah doa seikhlas hati kepada saudara-saudara kita yang dilanda musibah di seluruh dunia. Semoga kita dapat konsisten dan istiqamah dengan amal di sepanjang bulan Ramadhan. Moga amal ibadat kita sepanjang bulan Ramadhan diterima dan dinilai di sisi Allah S.W.T. Saya mendoakan agar anda semua berbahagia disamping keluarga tercinta. Jaga diri dan kita berjumpa pada semester akan datang. In Sya Allah. Akhir kata, kami memohon ampun dan maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang kami menjalankan tugas sebagai MPP sehinggalah ke penghujungnya nanti. Semoga para pelajar dan semua warga kolej terus bersama kami demi KV Klang yang tercinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. *MUHAMMAD NAQIUDDIN BIN MOHAMAD KAMIL* Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Klang 1 Syawal 1439 H bersamaan 15 Jun 2018 


 
 
 

Comments


KM3, Persiaran Tengku Ampuan Rahimah,

Bandar Bukit Tinggi 1,

41200 Klang,

Selangor Darul Ehsan

MPPKVK QRCODE.png

@mppkvklang

  • Instagram Social Icon
  • facebook

©2021 by Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Klang. Proudly created with Wix.com

bottom of page